Search

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar....

  • Share this:

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.
.
Sebentar tadi sebelum Asar, seorang saudara kita Danish Khew telah mengucapkan dua kalimah syahadah di MRM. QadarAllah @dr_kamilinjamilin_official menziarahi saya di MRM, maka saya menjemput beliau untuk mensyahadahkan Danish.
.
Saudara Danish telah berhubung dengan saya selama beberapa bulan dan mengenali saya menerusi media sosial. Beliau banyak bertanya soalan dan Alhamdulilah mendapat jawapan yang memuaskan hati beliau sehingga beliau menerima kebenaran.
.
Selepas beliau pulang, beliau sempat mesej saya meminta agar saya dapat teruskan membantu orang lain seperti beliau untuk mencari kebenaran. Selamat kembali kepada agama fitrahmu wahai saudaraku Danish.
.
Saudara Danish merupakan individu keempat yang memeluk Islam bersama dengan kami di MRM pada minggu ini. Syukur Allah jadikan kami asbab dan platform untuk mereka ini kembali kepada Islam. Alhamdulilah.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353 @ Multiracial Reverted Muslims - MRM


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts